Gara-gara terlalu yakin berada di dapur, pengacara Raja Azura panik apabila api dapur gasnya tiba-tiba terpadam.

Raja Azura atau Kak Engku sangat yakin apabila diberikan ekor lembu, cili api dan daun kesum sebagai cabaran menerusi episod terbaru, program Masaklah Kau.

Pengacara Kilauan Emas itu hanya ketawa besar ketika menerima tiga bahan tersebut dan menganggap ia tidak mencabar serta menunya amat mudah untuk dicari.

Bagaimanapun ketika Kak Engku sedang teruja memasak, api pada dapur gasnya tiba-tiba terpadam dan menyebabkan dia panik seketika.

Namun Kak Engku terpaksa akur rupa-rupanya gas memasak telah habis.

Apa yang bakal berlaku seterusnya, bagaimana Kak Engku menyiapkan hidangan untuk tetamu misterinya?

Jangan lupa untuk menonton Masaklah Kau pada malam ini, jam 9.30 di Astro Prima (108) dan Maya HD (132).

Muat naik Suudu App di App Store dan Google Play untuk mendapatkan resepi terkini untuk juadah berbuka puasa mahupun sahur.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu.