Suami kepada pelakon Fouziah Gous iaitu Mohd Zhafran Md Yusof tidak menyangka gurauannya untuk makan spaghetti aglio olio pukul 12 malam ditunaikan isteri.

Zhafran, menerusi program Resepi Memikat Suami (RMS) mendedahkan isterinya seorang yang rajin memasak.

Tambah Zhafran, Fouziah akan memasak apa sahaja makanan yang dimintanya tanpa mengira waktu.

Selain itu, RMS akan turut berkongsikan tentang rahsia Fouziah Gous memikat suaminya menerusi masakan bersama hos Jihan Muse.

Dalam episod terakhir RMS pada petang ini, penonton dapat menyaksikan Fouziah Gous memasak dan menyediakan dua menu kegemaran suaminya iaitu Kambing Balut Bakar dan hidangan pencuci mulut Mango Panna Cota.

Banyak lagi kisah mereka berdua dikongsi dalam RMS selain dua resepi masakan Fouziah yang akan ditayangkan pada petang ini (Khamis), 6.30 petang di Astro Ria (saluran 104).

Kepada yang terlepas menyaksikan program masakan ini, anda boleh mendapatkan resipi di aplikasi SUUDU dalam telefon pintar anda yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play, menerusi segmen TV Show; Resepi Memikat Suami, yang bertindak selaku one stop centre untuk segala resepi yang menarik dan ringkas.


Teks oleh Syafiqah Jalal