AIM 22 Gugur Satu Kategori, Perkenal Lima Yang Baru

30 Jun 2016. 1.12 PM
19,726
Hiburan
AIM 22 Gugur Satu Kategori, Perkenal Lima Yang  Baru

Sebanyak lima kategori baru bakal dipertandingkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-22 yang bakal dianjurkan pada 11 Disember 2016.

Lima kategori tersebut ialah ‘Lagu Muat Turun Paling Tinggi, ‘Lagu Strim Paling Tinggi’, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube, ‘Lagu Nada Dering Pemanggil Jualan Paling Tinggi’ dan ‘Penyanyi Malaysia Terbaik’.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 22, Roshim Hashim, penambahan lima kategori baru dilakukan bersesuaian dengan landskap industri muzik tanah air masa kini.

“Kategori-kategori baru ini diperkenalkan dalam AIM 22 untuk mencerminkan pasaran muzik semasa. Ianya juga untuk mengiktiraf syarikat-syarikat rakaman yang memberi sumbangan yang cukup besar kepada ekosistem industri muzik tempatan.

“Sebelum ini tidak ada satu pun kategori AIM yang mengiktiraf syarikat-syarikat rakaman. Tetapi mulai tahun ini, empat daripada lima kategori baru ini bakal memberi penghargaan kepada mereka yang layak.

“Ianya juga memberi pelang kepada orang ramai untuk terlibat dengan lebih dekat dengan AIM melalui penjurian awam untuk kategori anugerah ‘Penyanyi Malaysia Terbaik’,” katanya sewaktu sidang media pengumuman AIM di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Sebanyak 24 kategori penuh yang bakal dipertandingkan tahun untuk Anugerah Industi Muzik edisi yang ke-22.

Tambah Roshim Hashim, AIM 22 turut mengugurkan kategori bagi anugerah ‘Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara’.

“Kami mahu memberi tumpuan kepada pengiktirafan artis-artis tempatan. Langkah ini selari dengan objektif AIM 22 untuk memberi keutamaan kepada muzik tempatan,” ujarnya.

Selain itu, penyanyi yang tersenarai dalam Top 5 untuk kategori ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam lagu (Lelaki)’ dan ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)’  secara automatik layak bertanding untuk kategori ‘Penyanyi Malaysia Terbaik’.

Sistem penghakiman anugerah terdiri daripada penggiat-penggiat muzik dan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan dilantik selain diadili oleh ketua juri yabg berpengalaman dan dihormati.

Syarat kelayakan pencalonan untuk angeurah AIM 22 untuk lagu/album dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris ialah yang telah dikeluarkan di Malaysia dari 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2016 serta tempoh pencalonan dibuka pada 29 Jun 2016 dan berakhir pada 29 Julai tepat jam 5 petang.

Untuk maklumat lengkap mengenai kriteria dan boring pencalonan AIM, layari www.aim.org.my 


Artikel Berkaitan


Komen