Suka Makan Di Rumah, Diana Danielle Terharu Farid Kamil Rela Berlapar

1 Julai 2016. 2.49 PM
45,793
Hiburan
Suka Makan Di Rumah, Diana Danielle Terharu Farid Kamil Rela Berlapar

Pelakon Diana Danielle mendedahkan suaminya aktor Farid Kamil mempunyai tabiat sanggup berlapar semata-mata untuk makan masakan di rumah.

“Saya masih lagi dalam proses belajar pelbagai jenis masakan memandangkan Farid lebih ‘enjoy’ masakan di rumah.

“Kadang-kadang risau juga kerana dia sanggup tahan lapar semata-mata nak makan yang kita masak di rumah.

“Selalunya bila pergi kerja, dia pasti akan bersarapan terlebih dahulu. Tapi apa yang merisaukan saya bila dia kadang-kadang dia di tempat kerja sampai satu hari tak makan hanya kerana nak makan di rumah.

“Sebagai isteri saya sangat respek dengan dia dan saya juga rasa sangat dihargai. Bayangkanlah bila kita penat memasak tiba-tiba tengok dia makan dengan penuh berselera, secara automatik hati kita pun senang.

“Farid pula seorang yang mudah, tak kisahlah menu ringkas pun dia akan makan tapi yang paling dia suka ialah ayam masak merah dan ikan bilis goreng  ‘extra’ garing. Tapi itulah, kita pula yang masak beria sampai lauk jadi meriah.

“Bukan apa, saya mahu dia rasa gembira bila berada di rumah jadi saya banyak belajar tentang masakan. Percayalah semua isteri pasti rasa gembira bila lihat suami ‘enjoy’ makan di rumah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Program-Program Aidilfitri Astro, bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas mengenain Raya, Diana memberitahu Syawal kali ini memberikan sedikit kelainan buat dirinya dengan kehadiran anak kedua, Nur Aurora.

“Persiapan raya tak siap lagi termasuklah baju Raya tapi tema kami tahun ini adalah warna kuning.

“Syawal kali ini rasa teruja lebih sikit sebab ada Aurora. Dia pun dia pun dah berusia 7 bulan dan ini kali pertama dia beraya, tak sabar pula nak tengok reaksi dia macam mana.

“Tahun ini kami akan beraya mengikut turutan bermula dari Kedah, Perak dan kemudian Kuala Lumpur.

“Tapi cuti kami tak lama hanya ada seminggu saja dan selepas itu Farid akan terus sibuk dengan penggambaran filem selama dua bulan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Diana akan muncul dengan telefilem terbaru, Sedikit Waktu yang bakal ditayangkan istimewa sempena Aidilfitri pada 3 Julai ini, jam 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).


Artikel Berkaitan