Menjelang Hari Raya, pelbagai juadah yang enak dan lazat seperti Ketupat, Lemang, Rendang, Nasi Bariani akan dihidangkan.

Tidak salah menjamu makanan enak di Aidilfitri tetapi kesihatan perlu dititikberat.

Bagi anda yang sedang diet atau dalam proses menurunkan berat badan, anda pasti tertekan melihat semua makanan tersebut.

Tapi kini anda tidak perlu gusar kerana Chef Anis Nabilah daripada program Eat Clean With Anis akan berkongsi cara-cara memasak Rendang, Ketupat dan Lemang yang enak tapi dalam masa yang sama menyihatkan.

Jadi jika anda tidak mahu mood raya anda terganggu apa kata ikuti cara-cara bagaimana memasak juadah raya yang menyihatkan itu di dalam video Suudu di bawah:

Oleh Syafiqah Jalal