Enam Jenis Kuih Raya Paling Popular Di Pagi Raya!

4 Julai 2016. 10.14 AM
18,733
Gaya Hidup
Enam Jenis Kuih Raya Paling Popular Di Pagi Raya!
Kuih raya dan Aidilfirtri memang tidak dapat dipisahkan, ibaratnya tidak bermaknalah hari raya tanpanya.

Selain itu biskut raya juga adalah penyeri selain menjadi hidangan tambahan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah.

Oleh itu, Suudu senaraikan enam jenis biskut atau kuih raya yang menjadi 'favourite' dan popular di pagi raya:

1. Tat Nenas

Kuih Tat Nenas boleh dikatakan kuih tradisional yang popular dan wajib ada di atas meja tamu setiap tahun kerana kuih ini mempunyai peminat yang ramai dan tegar. Kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti bersamanya biasanya akan dinanti-nantikan setiap kali musim perayaan. Kini tat sudah mula diperbaharui bukan sahaja dari bentuknya tetapi juga intinya apabila terbaru keluar dengan Tat Blueberry.


2. Almond London
Almond London antara kuih moden yang menjadi kegemaran lebih 10 tahun yang lalu. Malah sejak ia popular Almond London sudah menjadi biskut kegeraman bila menjelangnya Hari Raya. Mana taknya gabungan tepung, badam dan coklat membuatkan ia cair dimulut setiap kali menikmatinya.

3. Cornflakes Madu

Cornflakes Madu antara biskut empingan jagung yang sangat popular. Meskipun ia mudah disediakan iaitu hanya disira dengan madu, namun kerangupan empingan ini membuatkan ia kuih raya yang sentiasa menjadi kegemaran ramai setiap kali menjelangnya Aidilfitri.


4. Rainbow Cookies/Kuih Raya Lidah Kucing

Rainbow Cookies sering menjadi perhatian kanak-kanak kerana tarikan kuihnya yang berwarna-warni seperti pelangi. Selain dikenali sebagai Rainbow Cookies, ia juga dikenali dengan nama Kuih Raya Lidah Kucing kerana kuihnya berbentuk lidah kucing panjang dan nipis.


5. Cheese Tart Blueberry

Cheese kini menjadi trend dan kegemaran semua. Tidak hairanlah Cheese Tart Blueberry ini popular sejak tahun lalu lagi. Biskut berinti keju dan blueberry ini rasanya sangat sempurna apabila rasa lemak bergabung dengan rasa manis masam jem blueberry.


6.Rich Nuts Caramel

Kepada yang sudah bosan dengan kebanyakan kuih raya yang terdiri daripada biskut mentega, Rich Nuts Caramel pasti menjadi pilihan. Kudapan ini juga akan menjadi kegemaran ramai kerana ia mempunyai kekacang disalut dengan sira karamel.


Oleh: Syafiqah Jalal


Artikel Berkaitan


Komen