Selepas penantian 14 tahun, filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) telah pun menemui penonton pada 28 April lalu. Dibarisi oleh pelakon terkemuka Indoensia seperti Nicholas Saputra, Dian Sastrowardoyo dan ramai lagi, filem ini mendapat sambutan hangat di pawagam.

Kini, Astro First Bioskop membawakan filem AADC2 untuk dinikmati di kaca televisyen anda. Astro Gempak menyenaraikan empat sebab anda harus menonton AADC2 di Astro First Bioskop.

1. Saksikan kesudahan kisah Cinta dan Rangga

Bagi anda yang belum berkesempatan untuk ke pawagam dan menyaksikan kesudahan kisah cinta mereka, kini anda berpeluang untuk melanggan AADC2 di Astro First Bioskop. Kepada sesetengah peminat yang sudah menyaksikan di layar perak, ini peluang anda untuk menonton AADC2 sekali lagi dan melihat kesudahan kisah Rangga dan Cinta.

2. Keindahan Kota Yogyakarta

Kota Yogyakarta dipaparkan dengan menarik dan secara menyeluruh dalam filem ini. Jika anda mempunyai perancangan untuk ke sana, filem AADC2 bakal memberikan gambaran destinasi yang bakal anda kunjungi.

3. Lagu runut bunyi yang mengasyikkan

Rasanya semua tahu yang lagu runut bunyi filem ini diterbitkan oleh pasangan komposer suami isteri popular Indonesia, Melly Goeslaw and Anto Head. Karya yang dihasilkan oleh mereka sememangnya tidak boleh disangkal lagi dan menjadi kegilaan anak muda.

4. Tiket kelas pertama dengan Astro First Bioskop

Menonton AADC2 sambil berbaring? Menonton AADC2 sambil makan? Menonton AADC2 sambil menangis? Anda jangan risau, semuanya boleh dilakukan selepas anda melanggan Astro First Bioksop. Lakukan apa sahaja aktiviti dalam keselesaan rumah sendiri sambil menonton AADC2! Terus ke saluran 480 untuk melanggan AADC2.