Pelakon Kazar Saisi tidak ketinggalan menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukan Portugal yang dinobatkan sebagai juara Piala Eropah 2016 selepas perlawanan akhir menentang Perancis pagi tadi.

Kazar Saisi atau lebih dikenali sebagai Kaza telah berkongsi ucapan tahniah tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya beserta sekeping foto bersama ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo.

Lebih menarik lagi, dengan menggunakan hashtag #dakronaldo, Kaza telah memuatnaik beberapa foto beserta kapsyen menarik sepanjang penglibatan Ronaldo dalam perlawanan Piala Eropah tersebut.

Kebanyakan foto-foto Kaza yang diedit bersama Ronaldo mendapat perhatian dank omen-komen positif daripada pengikut IGnya.

Rata-rata pengikut menyifatkan Kaza sebagai seorang yang menghiburkan memuji bakat suntingan foto aktor tersebut bersama Ronaldo seakan-akan nampak asli.

Namun apa yang lebih melucukan ialah kepelbagaian ayat yang ditulis oleh pengikut IG Kaza begitu menarik untuk dibaca.

Dalam pada itu, Ronaldo juga turut berkongsi foto kemenagan pasukannya menentang Perancis 1-0 dengan menjulang trofi kemenangan Piala Eropah di IG miliknya.

Untuk hiburan anda semua, Astro Gempak kongsikan beberapa foto Kaza bersama Ronaldo di bawah: