Penyanyi Rock Ditahan, Syabu Dalam Poket Seluar

11 Julai 2016. 12.56 PM
30,239
Hiburan
Penyanyi Rock Ditahan, Syabu Dalam Poket Seluar

Seorang penyanyi kumpulan rock berusia awal 40-an ditahan polis di sebuah flat di sini kelmarin kerana disyaki memiliki syabu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Asisten Superintendan Mohd Ashril Md Johar berkata, suspek itu ditahan kira-kira jam 5.15 petang.

"Sepasukan anggota narkotik telah menahan seorang lelaki dan pemeriksaan menjumpai satu paket syabu seberat 0.53 gram dalam poket seluar dipakai suspek.

"Keputusan ujian air kencing yang dilakukan dapati suspek positif dadah AMP," katanya.

Sumber: Berita Harian


Artikel Berkaitan


Komen