Pelawak Fad Bocey telah memuat naik sekeping foto salah seorang anak kembar lelakinya, Favian Adrazin Hayyan yang ditahan di wad.

Menerusi foto tersebut, Astro Gempak difahamkan Favian Adrazin Hayyan dimasukkan ke Kedah Medical Centre kerana demam dan selsema teruk.

Dalam pada itu, Fad sempat berpesan kepada peminat dan pengikut di Instagram supaya lebih peka dengan kesihatan anak-anak memandangkan keadaan persekitaran sekarang yang kurang memuaskan.

“Demam dan selsema teruk anak daddy si Hayyan. Warded pulak, hati-hati semua jaga anak-anak ya. Sekarang musim budak-budak senang demam. Semoga semua sihat sejahtera hendaknya, Amin,” tulisnya.

Namun Usaha Astro Gempak untuk mendapat kenyataan rasmi daripada Fad mengenai status terkini anaknya masih gagal.

Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam mendirikan rumah tangga dengan Nur Syahirah Abdul Rahman pada Mac tahun lalu dan dikurniakan kembar lelaki iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan.