Selepas melahirkan bintang-bintang hebat seperti Sufi, Syamel, Bila dan Sharul, Akademi Fantasia (AF) kembali lagi!

Sesi ujibakat akan bermula pada 15 Julai (Jumaat) sehingga 17 Julai (Ahad) ini, bertempat di The Boulevard- St Giles Premier Hotel, Midvalley Kuala Lumpur.

Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura berusia 18 tahun sehingga 35 tahun dan hanya persembahan solo diterima.

Istimewanya AF2016 kali ini, kelima-lima tenaga pengajar iaitu Elly Suriaty, Mas Idayu, Edry Abd Halim, Sharol dan Linda Jamine sendiri akan turun padang di sesi ujibakat tersebut.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Peserta mestilah warganegara Malaysia dan Singapura dan mestilah mempunyai Kad Pengenalan (NRIC) atau Kad Pengenalan Singapura dan/atau pasport.

2. Satu (1) salinan Kad Pengenalan Malaysia, untuk peserta Malaysia dan Kad Pengenalan Singapura dan/atau Pasport Singapura bagi peserta Singapura.

3. Dua (2) gambar terbaru bersaiz 4R (1 separuh badan, 1 gambar penuh) daripada peserta.

4. Satu (1) gambar pasport terbaru peserta.

Berikut merupakan senarai lagu wajib peserta sesi ujibakat AF2016:

Lelaki:

Love Yourself - Justin Bieber

Hidup Dalam Mati - Syamel

Dahsyat - Mojo

Cinta Tak Keruan - Amigo

Pantun Budi - Tan Sri SM Salim

Sudah ku Tahu - Projector Band

Sampai Mati - Hazama

Potret - Akim

Pawana - Search

Wanita:

Flashlight - Jessie J

Anggapan mu - Ziana Zain

Langit Cinta - Dayang Nurfaizah

Sakitnya tuh disini - Cita Citata

Joget Sayang Di Sayang - Anita Sarawak

Not For Sale - Stacy

Seluruh Cinta - Siti Nurhaliza

Pencuri Hati - Ayda Jebat

Permata Pemotong Permata - Ella

Layari Akademi Fantasia 2016 untuk maklumat lanjut: