Sebuah siri komedi terbaru, Vice Principals oleh bakal menemui penonton di HBO bermula 18 Julai ini.

Vice Principals mengisahkan dua individu iaitu Neal Gamby (McBride) dan Lee Russell (Goggins) yang bercita-cita untuk memegang jawatan pengetua Sekolah Menengah North Jakcson.

Walau bagaimanapun hajat mereka berdua tidak kesampaian apabila jawatan tersebut diambil alih oleh Dr. Belinda Brown. Kemunculan pengetua memberi tamparan hebat buat Neal dan Lee yang kecewa dengan keputusan pihak atasan yang membawa masuk orang luar mengisi jawatan tersebut.

Lebih parah apabila Dr. Belinda Brown menanggap kedua-dua mereka tidak mempunyai kredibiliti memegang jawatan seorang pengetua sekolah. Akibat daripada itu, Neal dan Russell merancang pelbagai cara untuk menyingkirkan wanita tersebut segera dari sekolah tersebut.

Selain McBride dan Goggins, Vice Principals turut dibintangi oleh Kimberly Hebert Gregory, Georgia King, Busy Phillips, Shea Whigham, Sheuan McKinney dan Dayshawn.

Menarik, Vice Principals turut menampilkan aktor hebat Bill Murray yang turut memegang watak bekas pengetua Sekolah Menengah North Jackson.

Siri komedi sembilan episod cetusan idea Danny Mcbride dan Jody Hill iini bakal bersiaran bermula jam 10.30 pagi Isnin, secara eksklusif di HBO (411) dan HBO HD (431). Ianya turut boleh ditonton menerusi aplikasi Astro On The Go.