Datang Ujibakat Tolong Jangan Selekeh - Mas Idayu

15 Julai 2016. 6.00 PM
37,678
Hiburan
Datang Ujibakat Tolong Jangan Selekeh - Mas Idayu

Penyanyi dangdut, Mas Idayu selaku juri ujibakat Akademi Fantasia 2016 (AF2016) menasihatkan supaya peserta hadir dengan berpakaian kemas.

“Untuk mereka yang nak datang ujibakat dan berdepan dengan kami selaku juri AF2016, antara perkara yang saya tekankan ialah berpakaian kemas.

“Vokal sudah tentu penting tapi jangan lupa bahawa penampilan diri itu juga sangat peting.

“Bila datang ujibakat tolong jangan selekeh, pastikan kemas kerana melalui penampilanlah orang memberikan tanggapan pertama mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain penampilan, Mas Idayu yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar juga berkongsi beberapa tips kepada peserta ujibakat AF2016.

Sesi ujibakat AF2016 kini sedang berlangsung hari ini (Jumaat) bertempat di The Boulevard- St Giles Premier Hotel, Midvalley Kuala Lumpur.

Ujibakat akan diteruskan sehingga 17 Julai (Ahad) ini di tempat yang sama.

Klik sini untuk lihat syarat-syarat penyertaan.

Layari Akademi Fantasia 2016 untuk maklumat lanjut.

Di sini Astro Gempak kongsikan video tips daripada Mas Idayu:



Artikel Berkaitan


Komen