Amar Baharin, Amyra Rosli Umum Nikah 11.11.16

19 Julai 2016. 3.56 AM
44,618
Hiburan
Amar Baharin, Amyra Rosli Umum Nikah 11.11.16

Pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin mengumumkan bakal bernikah pada 11 November tahun ini.

Sebelum bergelar suami isteri, Amyra dan Amar terlebih dahulu akan melangsungkan ikatan pertunangan pada 22 Julai ini.

"Selepas mendapat restu kedua-dua pihak keluarga, kami berdua akan mengakhiri zaman bujang.

"Majlis pertunangan bakal berlangsung pada 22 Julai secara tertutup bersama keluarga untuk tujuan privasi," kata Amar kepada Astro Gempak.

Sudah menjalankan majlis merisik pada sambutan Aidiladha tahun lalu, lokasi majlis pernikahan dan perkahwinan akan diumumkan kemudian.

"Menyusul pada bulan November, kami akan melangsungkan pernikahan dan persandingan. Pada 11 November 2016, kami akan melangsungkan pernikahan.

"Tarikh 12 November 2016 akan berlangsungnya majlis persandingan pihak perempuan dan diakhiri dengan majlis persandingan sebelah Amar pada 19 November," kata Amyra.

Pengumuman ini mengakhiri spekulasi percintaan mereka yang selama ini diperkatakan ramai.

Sebelum ini, Amar dan Amyra didakwa menjalin hubungan cinta kerana kemesraan mereka namun masing-masing meletakkan status hubungan mereka sebagai teman baik.


Artikel Berkaitan


Komen