Scha Alyahya Lebih Sabar, Tak Mudah Melenting Selepas Mengerjakan Umrah

19 Julai 2016. 4.05 PM
45,865
Hiburan
Scha Alyahya Lebih Sabar, Tak Mudah Melenting Selepas Mengerjakan Umrah

Pelakon Scha Alyahya mengakui lebih sabar dan tidak mudah melenting selepas pulang mengerjakan umrah Ramadan lalu.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 33, dia lebih menghargai adat dan budaya masyarakat Malaysia selepas melalui beberapa ujian dan pengalaman di Mekah.

“Bayangkan di sana sangat ramai orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang, sudah tentu banyak ragamnya. 

Namun yang membezakan mereka dengan orang kita (Malaysia) ialah adab dan kesabaran yang tinggi. Susah kita nak tengok orang dari negara lain beratur ketika menunggu giliran kerana mereka bukan begitu.

“Bila balik sini saya lebih menghargai adat dan budaya kita dan saya juga menjadi seorang yang penyabar berbanding sebelum ini," kata Scha kepada Astro Gempak.

Scha ditemui ketika majlis rumah terbuka restoran Rumah Kueh milik pelakon Rita Rudaini di Sunway Nexis, Kota Damansara.

Bagaimanapun jelas Scha, dia sangat kagum dengan sikap jemaah yang mengerjakan Umrah sambil bersedekah.

“Rasa gembira sebab dapat lihat jemaah berebut mengejar dan membuat pahala. Ada yang beri makanan percuma, menderma dan membentang tikar sepanjang jalan serta menyediakan juadah berbuka untuk jemaah lain.

“Ini fenomena baru buat saya dan jemaah kita dari Malaysia juga teruja dengan situasi tersebut.

Dalam pada itu, Scha turut memanjat rasa syukur kerana perjalannya mengerjakan Umrah bersama suami, anak dan keluarganya berjalan lancar.

“Saya memang dah lama pasang niat untuk bawa ibu dan bapa mengerjakan Umrah, bila hajat tertunai saya rasa bersyukur sangat.

"Sebelum ini bertahun-tahun rancang tapi tak pernah menjadi.

"Alhamdulillah, semua dipermudahkan Allah SWT. Walaupun cuaca panas semua ibadah dapat dilakukan dengan sempurna. Lara pun tidak meragam dan menurut sahaja apa yang kami lakukan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Scha akan memulakan penggambaran sebuah telefilem dan drama bersiri yang turut menampilkan pelakon Alif Satar.

 


Artikel Berkaitan


Komen