Sedang Miss K menikmati lebihan biskut raya sebagai minum petang, Miss K dihubungi oleh rakan Miss K yang selalu memberikan gosip hangat kepada Miss K.

Menurut sumber Miss K, pelakon cantik Siti Saleha dikatakan telah dilamar oleh teman lelakinya, seorang jejaka yang dikenali dengan nama L di Cancun, Mexico.

Lamaran itu berlaku kira-kira empat hari lepas dan khabarnya, Saleha bersetuju dilamar kekasihnya dan Saleha mengatakan ‘ya’.

Menguatkan lagi andaian, sekeping foto di laman Instagram Saleha yang dimuatnaik empat hari lepas olehnnya dengan kapsyen, “can’t get out of my head how beautiful yesterday was.”

Tambah sumber lagi, L juga telah memuatnaik gambar dengan kapsyen “she said yes, #LetsGetMarried.”

Saleha dan L kini berada di Cancun untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.

Jika perkhabaran ini betul, biarlah Miss K menjadi orang yang pertama mengucapkan tahniah kepada Saleha dan L. Pastinya ramai tak sabar menantikan Saleha bersanding di atas pelaminan sebagai ratu sehari.

Miss K: Suka tengok gandingan Izreen Azminda dan Azrel Ismail dalam drama bersiri Lelaki Macam Dia yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.