Kerana desakan keluarga, aktor Bollywood Salman Khan akhirnya mengakui bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi.

Menurut bintang filem Sultan itu, 18 November adalah tarikh pernikahannya dengan wanita pilihan, Lulia Vantur.

“Ibu dan adik perempuan sering mengadak saya dengan soalan mengenai rumah tangga. Oleh itu saya telah menetapkan 18 November sebagai tarikh perkahwinan. Tetapi tahunnya tidak pasti lagi bila,” katanya.

Aktor berusia 50 tahun itu memilih 18 November kerana tarikh tersebut merupakan ulangtahun perkahwinan ibu dan bapanya.

Adik perempuan kesayangannya Arpita Khan juga turut memilih tarikh tersebut ketika berkahwin dengan suami, Aayush Sharma.

Terdahulu, Salman dikhabarkan mengikat pertunangan dengan aktres dan hos terkenal Romania, Lulia Vantur secara tertutup.

Mereka pertama kali bertemu pada 2010 di Dublin, Ireland sewaktu menjalani penggambaran filem Bodyguard.