Trending di Twitter, Lelaki Macam Dia Dapat Respon Positif Netizen

21 Julai 2016. 12.00 AM
36,506
Hiburan
Trending di Twitter, Lelaki Macam Dia Dapat Respon Positif Netizen

Drama bersiri terbaru arahan Hashim Rejab, Lelaki Macam Dia mendapat respon positif kaki drama tempatan di laman sosial Twitter.

Menerusi pemerhatian Astro Gempak di laman Twitter, rata-rata peminat memberi maklumbalas yang baik. Mereka memuji keserasian yang timbul di antara teraju utama Lelaki Macam Dia, Izreen Azminda dan Azrel Ismail.

Selain itu, drama bersiri tersebut juga menjadi trending di laman Twitter. Lelaki Macam Dia merupakan drama bersiri adaptasi novel Mamat Muka Selenga karya penulis popular Aliesha Kirana.

Sebelum ini, Aliesha Kirana pernah menghasilkan novel seperti Cinta Bersaiz XXL, Love You Mr. Arrogant, Miss You Mr. Arrogant. Aliesha juga merupakan penulis novel Angin Cinta, yang merupakan novel adaptasi telefilem Angin Cinta lakonan Zizan Razak dan Ummi Nazeera yang pernah disiarkan di Astro First Eksklusif sebelum ini.

Diterbitkan oleh Country and Universal Sdn Bhd, drama bersiri Lelaki Macam Dia dibintangi oleh Izreen Azminda, Azrel Ismail, Akhmal Nazri dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Lelaki Macam Dia bermula malam ini, setiap isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Gunakan hashtag #LelakiMacamDia untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.








Artikel Berkaitan


Komen