Isteri Kedua Adi Putra Antara Ditahan Bantu Siasatan Sindiket Penyeludupan Manusia?

28 Julai 2016. 4.25 PM
201,862
Hiburan
Isteri Kedua Adi Putra Antara Ditahan Bantu Siasatan Sindiket Penyeludupan Manusia?

Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly didakwa antara 15 kakitangan imigresen yang ditahan pada petang Selasa di Putrajaya.

Sumber Astro Gempak memberitahu isteri pelakon tersebut ditahan kira-kira jam 4.30 petang Selasa di pejabatnya.

Menguatkan lagi dakwaan apabila akbar Berita Harian turut melaporkan tentang penangkapan seorang wanita berusia 30-an dipejabatnya di Putrajaya oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhubung sindiket penyeludupan warga asing dalam satu operasi khas kelmarin.

Terdahulu, akhbar tersebut turut melaporkan polis berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan warga asing yang majoritinya melibatkan warga Bangladesh dan lebih 15 kakitangan imigresen telah ditahan menerusi beberapa siri tangkapan.

Kumpulan pegawai imigresen yang ditahan tersebut dipercayai menjadi 'pemudah cara' untuk menguruskan dokumen kemasukan warga asing ke Malaysia.

Malah siasatan awal mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama dengan penyeludupan manusia yang menggunakan pintu masuk utama negara dengan bantuan beberapa pegawai lain.

Wanita tersebut juga dipercayai antara pegawai yang berurusan terus dengan ejen sindiket dan memperoleh keuntungan yang tinggi menerusi aktiviti tersebut.


Artikel Berkaitan


Komen