Takut Ketagih, Che Ta Tak Ajar Aaisyah Guna Gadget

29 Julai 2016. 2.35 PM
118,576
Hiburan
Takut Ketagih, Che Ta Tak Ajar Aaisyah Guna Gadget

Pelakon Rozita Che Wan akui tidak mendedahkan anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana kepada barangan elektronik.

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, dia tidak mahu anaknya itu ketagih dengan alat tersebut.

“Saya memang tak dedahkan Aaisyah dengan alat elektronik walaupun saya tahu dalam tu memang ada permainan menarik yang boleh tarik perhatian kanak-kanak.

“Sebab saya tak mahu dia ketagih dan menghadap 'gadget' tersebut 24 jam, lagipun cahaya yang ada pada ‘screen’ alat elektronik tidak bagus untuk mata kanak-kanak.

“Aaisyah pun baru berusia 18 bulan, jadi tak elok kita terdedah dengan benda-benda sebegitu,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu mengulas mengenai perangai anaknya, aktres berusia 43 tahun itu memberitahu Aaisyah lebih gemarkan beg tangan berbanding permainan kanak-kanak.

“Alhamdulillah, Aaisyah membesar dengan sangat baik dan dia juga tidak banyak ragam, senang nak jaga dia.

“Bila dah semakin besar ni macam-macam ragam kita dapat tengok. Macam Aaisyah ni dia suka kepada benda-benda yang lebih kepada ‘lady like’ seperti beg tangan dan kasut.

“Saya dapat tahu bila masuk dalam kedai mainan, dia pastu buat tak tahu dan tidak ada respon. Macam tak teruja.

“Tapi bila bawa masuk kedai beg tangan, dia pula yang lebih suka pada kita, pandai pula tu tunjuk warna yang cantik.

“Selain itu, dia juga paling suka menyanyi dan menari. Kalau bercakap pula memang tak berhenti, jenuhlah kami nak melayan, tapi itulah perkara yang paling kita akan rindu bila anak dah besar nanti,” ujarnya.


Artikel Berkaitan


Komen