Ahli kumpulan lawak Bocey, Abam menerima gangguan lelaki gila seks di laman Facebook dan Instagram.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 28, menerima gangguan dua lelaki dan salah seorang daripadanya bertindak melampau dengan menghantar gambar bogel yang menampakkan kemaluan.

"Menerusi laman Facebook, saya sangat terkejut apabila menerima gambar bogel menerusi mesej di laman Facebook saya. Lelaki itu menghantar mesej berbunyi 'hey sexy, we can be friend' dan terus memberikan saya dua keping gambar bogel.

"Menerusi laman sosial Instagram pula, saya juga menerima 'direct message' dan gambar yang berbentuk seksual daripada seorang lelaki," kata Abam kepada Astro Gempak.

Tidak melayan mesej-mesej lelaki tersebut, Abam bertindak menyekat dua lelaki gila seks itu.

"Saya terus block mereka di laman Facebook dan Instagram. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan memantau laman sosial saya.

"Saya sendiri sangat terkejut dan perkara itu menggelikan. Harapnya selepas ini saya tidak akan menerima lagi perkara yang tidak sepatutnya.," katanya yang ditemui di majlis rumah terbuka Maharaja Lawak Mega di Villa Sri Ananda pada petang Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Abam bakal muncul dengan filem terbaru arahan Michael Ang yang berjudul Hantu Rumah Sakit Jiwa.

Turut dibintangi oleh Emma Maembong, Fizz Fairuz dan Saharul Ridzwan, filem terbitan Astro Shaw ini akan ditayangkan pada November ini.