Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan turut terjebak dengan fenomema permainan Pokemon Go.

Perkara itu diakui sendiri oleh aktor tersebut menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Shah Rukh juga telah memuat naik foto menunjukkan wajahnya yang geram kerana tidak dapat menangkap seekor Pokemon selepas dia memuat turun aplikasi tersebut.

"Feeling extremely inadequate, unattractive & lonely. Been on the road for 45 mins & not one Pokemon has come to me. Not even a Pidgey or a Rattata,"
tulisnya.

Lebih menarik lagi, peminat juga turut mengusik pelakon berusia 50 tahun itu kerana reaksi wajahnya yang lucu.

Foto tersebut telah menerima lebih 167 ribu 'likes' dan 5000 komen daripada peminatnya.