Kereta Vellfire Hilang, Che Ta Buat Laporan Polis

9 Ogos 2016. 1.19 PM
51,652
Hiburan
Kereta Vellfire Hilang, Che Ta Buat Laporan Polis

Kenderaan milik aktres Rozita Che Wan dilaporkan hilang pagi tadi di kediamannya di Subang Taipan.

Menurut pengurus Che Ta, Afeeq Dzulkarnain, kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu diletakkan di hadapan rumah Che Ta.

"Che Ta menyedari keretanya hilang ketika dia mahu keluar pagi tadi. Kali terakhir, Che Ta meletakkan keretanya di tempat parking malam semalam," kata Afeeq ketika dihubungi oleh Astro Gempak.

Dalam proses mencari kereta dengan nombor pendaftaran WWQ 93, Che Ta bakal membuat laporan polis.

"Che Ta kini dalam proses untuk mencari keretanya dan dia menghebahkan perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

"Buat masa ini, Che Ta dan suami, pelakon Zain Saidin sedang menyelesaikan beberapa urusan dengan pihak pengurusan tempat tinggal mereka sebelum mereka membuat laporan polis.

"Mereka juga akan mencari kereta tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup selepas membuat laporan polis," katanya lagi.

Jika ada sebarang informasi mengenai kenderaan Che Ta, hubungi Afeeq di talian 012-6160949.


Artikel Berkaitan


Komen