Zizan Terkejut Dituduh Punca Hubungan Emma & Kamal Retak

10 Ogos 2016. 12.31 PM
78,614
Hiburan
Zizan Terkejut Dituduh Punca Hubungan Emma & Kamal Retak

Pelakon dan pelawak Zizan Razak terkejut apabila ada namanya dikaitkan dengan keretakan hubungan cinta Emma Maembong dan Kamal Adli.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak memberitahu dia tidak ada kaitan langsung dengan masalah yang dihadapi oleh pasangan tersebut.

“Macam mana saya boleh dituduh sebagai orang ketiga sedangkan selepas hubungan kami berakhir, saya tak pernah langsung hubungi dia.

“Nak kata saya main komen-komen di Instagram dia pun tak ada dan secara jujurnya saya selalu doakan mereka berkahwin.

“Tak ada langsung fikir perkara-perkara negatif apatah lagi nak putuskan hubungan mereka yang sedang bahagia,” katanya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan pelajar Akademi Fantasia 2016 bertempat di Soju Sunway, pada Selasa.

Tambah Zizan lagi dia mengetahui tentang perkara tersebut selepas berita pasangan itu hangat diperkatakan di media sosial.

“Saya dapat tahu tentang hubungan mereka ini pun  beberapa hari lalu. Itu pun selepas berita itu hangat di media sosial.

“Saya memang tak tahu langsung tentang hubungan mereka yang sedang berantakan, lagipun saya sibuk dengan kerja dan fokus saya hanya pada kerjaya saya sahaja.

“Tak apalah, sebagai sahabat kita doakanlah yang terbaik untuk mereka dan harap segala masalah dapat diselesaikan dengan baik,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal mengendalikan program realiti Akademi Fantasia 2016 yang akan bersiaran pada 21 Ogos ini.


Artikel Berkaitan


Komen