Imortal Episod 55
Lia ingin melupakan Mateo sekiranya ingin terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai Serigala yang Terpilih. Dia bertekad untuk membuang segala ingatannya terhadap Mateo dengan satu mantera.
Mantera daripada pontianak selalunya tidak akan memberi kesan ke atas serigala, terutama sekali bagi seseorang yang berkuasa seperti Lia. Namun Lydia mengetahui tentang satu mantera yang dapat membantu, walaupun ianya membahayakan nyawa Lia. Lia sanggup melakukannya namun Samantha berasa ragu-ragu. Dia bimbang sekiranya puak serigala akan menyalahkannya jika Lia mati dan peperangan antara kedua-dua puak ini tidak akan berakhir. Dapatkah Lia memujuk Samantha supaya melakukannya?
Waktu Siaran
Imortal Episod 55
Saluran : Astro Bella (133)
Masa : 11.00 malam
Hari : Ahad