Demam Oppa KL Style Versi Hitz.fm!
Umum mengetahui fenomena Oppa Gangnam Style sedang melanda di seluruh dunia termasuk di negara kita. Gaya tarian ala-ala menunggang kuda yang ditunjukkan oleh Park Jae Song atau dikenali sebagai PSY ini seakan menjadi ikutan dan mencipta gaya baru dalam dunia muzik K-Pop seluruh dunia.
Lebih mengejutkan, klip video Gangnam Style yang mula dimuat naik menerusi Youtube sejak sebulan lalu telah mencecah sehingga 110 juta pengunjung yang menonton. Penyebaran meluas klip video tersebut membuatkan ramai mula menghasilkan video parody yang menyerupai video asal Gangnam Style.
Malah geng-geng dari stesen radio Inggeris number 1 negara, Hitz.fm yang turut tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan video mereka sendiri dengan nama Oppa KL Style. Video yang berdurasi hampir 3 minit ini menampilkan para penyampai radio Hitz.fm dengan gaya tarian dan lirik yang menarik hasil kreativiti mereka tersendiri.
Apa yang menarik tentang video Oppa KL Style ialah lirik yang menceritakan tentang makanan kegemaran rakyat Malaysia sehingga kepada jalan-jalan utama di Kuala Lumpur yang menunjukkan identiti sebenar negara yang berbilang kaum dan bangsa ini.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton sekaligus sama-sama menari Oppa KL Style dengan menyaksikan klip video mereka yang sedang hangat ditonton menerusi youtube!