Simulcast Drama Adam & Hawa Episod 2 di Eksklusif@Astro Gempak!
Sifat romantik Adam pasti membuatkan semua wanita akan cair dengan layanan yang diterima. Begitu juga dengan Dee, kekasih Adam yang sering manja dan cuba menawan hati Adam dengan menghadiahkan dengan pelbagai barangan yang berjenama.
Ain Hawani pula seorang wanita muda yang bersopan santun dan lemah lembut menarik minat Adam untuk mengenali gadis ini dengan lebih dekat. Sikap yang ditonjolkan Ain dalam drama Adam & Hawa membuatkan Adam tertarik dengan gaya dan penampilannya.
Plot penceritaan episod pertama Adam & Hawa lebih melihatkan kisah kehidupan yang dilalui oleh Adam dan Ain Hawani dalam menjalani kehidupan seharian. Watak Adam yang suka kepada kanak-kanak sehingga watak seorang yang suka mengusik berjaya menghidupkan plot untuk episod yang pertama manakala watak Ain Hawani yang lebih bersopan santun dan lembut menarik minat Adam yang kebetulan turut berada di Tadika Puncak Ilmu.
Jadi bagaimana pandangan anda setelah menonton kisah mereka menerusi episod pertama? Adakah plot penceritaan yang ditonjolkan memberi gambaran sesuatu akan berlaku antara Adam dan Ain nanti? Mungkin terlalu awal untuk anda menduga apa yang akan terjadi tetapi pasti sedikit gambaran bermain difikiran setelah melihat apa yang telah berlaku pada episod pertama.
Untuk episod akan datang, Maria yang juga mama kepada Adam sudah mula melontarkan soalan tentang pilihan hati Adam untuk dijadikan bakal isteri. Adakah Adam telah bersedia untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab? Episod pertama melihatkan Mama Adam tidak berminat untuk menjadikan Dee iaitu kekasih kepada Adam sebagai pilihan utama calon isteri.
Sementara Ain pula telah mula bekerja di Tadika Puncak Ilmu dan seronok bertugas sebagai seorang guru. Dikesempatan itu, Adam mula mengambil peluang untuk berjumpa Ain di tadika jika ada masa terluang. Adakah Adam sudah mula jatuh cinta dengan Ain walaupun mereka berdua baru sahaja berkenalan? Bagamaimana pula dengan Dee yang sudah mula menghidu sesuatu yang secara perlahan merosakkan hubungan cinta mereka?
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kesudahan untuk episod kedua drama bersiri Adam & Hawa yang boleh ditonton secara percuma menerusi laman web Astro Gempak di www.astrogempak.com.my/premiere.aspx dan bagi mereka yang melanggani saluran Mustika HD (134), pada 28 Ogos 2012, jam 10.00 malam.