Kampungku Ada Hantu
Kisah bermula apabila Nayan pulang semula ke kampungnya, dengan alasan untuk bercuti rehat. Sebelum ini, Nayan memang terkenal dengan sifat lagaknya, berita sebenar tentang Nayan telah tersebar di kampung bahawa Nayan sebenarnya telah dibuang kerja kerana disyaki mencuri wang syarikat. Dia berkenalan seorang gadis misteri yang bernama Maria. Paling menganehkan, Maria hanya muncul di tengah malam. Nayan juga cuba bertanya kepada orang kampung tentang Maria, tetapi tiada sesiapa yang mengaku mengenali gadis itu. Ada juga yang mengaku Maria merupakan hantu yang pernah mengacau kampung mereka dahulu.
Waktu Siaran
Kampungku Ada Hantu
Saluran : Astro Prima (105)
Masa : 10.00 malam
Hari : Khamis