Achaner Tu Johan
Buat julung-julung kali Johan Raja Lawak akan mengacarakan sendiri rancangan temubualnya yang berkonsepkan “Comedy Variety Show”. Johan akan muncul dengan pelbagai watak didalam rancangan ini kerana meniru gaya orang adalah salah satu kelebihan yang dimiliki oleh Johan. Pada setiap episod, Johan akan menjemput selebriti-selebriti tanah air untuk bersama-sama berhibur dengannya dalam rancangan ini, tetapi konsep temubual di dalam rancangan ini adalah amat berbeza daripada konsep talkshow yang sudah sedia ada di Astro selama ini. Selain daripada itu juga, tetamu jemputan akan turut bermain permainan bersama-sama dengan penonton di studio. Rancangan ini akan memastikan suasana riuh bersama tetamu jemputan dan audiens di studio dengan gelagat Johan dan permainan yang akan dimainkan.
Waktu Siaran
Achaner Tu Johan
Saluran : Astro Warna (132)
Masa : 10.00 malam
Hari : Khamis