Helo Bro… Tolong Masak! Episod 26
Episod kali ini, Helo Bro… Tolong Masak berbesar hati menerima pesanan makanan dari dua orang penyanyi rap, Altimet dan Dj fuzz untuk hidangan mereka berbuka puasa. Umum diketahui, Altimet ialah seorang penulis dan penerbit popular dengan lagu duetnya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Ana Raffali dengan lagu mereka Kalau Berpacaran.
Sementara Dj Fuzz seorang pemuzik yang banyak bergandingan dengan artis-artis Hip-Hop Malaysia untuk sama-sama membantu menjayakan muzik ciptaan mereka. Episod kali ini, mereka berdua memberi pesana kepada Nik Michael dan Zamir untuk menyediakan hidangan lazat yang berkonsepkan makanan Itali dan pencuci mulut yang sememangnya menjadi kegilaan ramai ketika ini. Selain itu, istimewa minggu ini, bekas peserta MasterChef Malaysia musim pertama iaitu Azlina turut membantu mereka berdua dalam menyiapkan hidangan enak untuk Altimet dan Dj Fuzz.
Jadi apakah hidangan yang bakal disediakan oleh mereka nanti? Jangan lupa untuk menyaksikan Helo Bro… Tolong Masak! Episod 26, 6.00 petang hanya di Astro Ria (104).
Waktu Siaran
Helo Bro… Tolong Masak! Episod 26
Saluran : Astro Ria (104)
Masa : 6.00 petang
Hari : Rabu