Helo Bro… Tolong Masak! Episod 22
Tidak dinafikan selepas melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihannya, pelakon kacak diminati ramai iaitu Asyaraf Muslim mula menyepi. Maklum mengetahui pelakon yang berasal dari Teluk Mas, Melaka ini telah pun membuka sebuah Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak yang beroperasi untuk merawat pesakit mengikut kaedah Islam.
Minggu ini Helo Bro… Tolong Masak! berkesempatan untuk menerima pesanan makanan dari Asyraf Muslim sendiri. Menu untuk kali ini, Zamir dan Nik Michael telah menyediakan hidangan lazat yang sering disediakan ketika meraiakan majlis-majlis persandingan. Selain itu, hidangan pencuci mulut juga antara hidangan masyarakat Melayu yang sering menjadi santapan minum petang.
Apakah yang dimaksudkan dengan dua hidangan tersebut? Jangan lupa untuk menonton rancangan masakan Helo Bro… Tolong Masak! Episod 22, pada hari Sabtu jam 6.00 petang hanya si Astro Ria (104).
Waktu Siaran
Helo Bro… Tolong Masak! Episod 22
Saluran : Astro Ria (104)
Masa : 6.00 petang
Hari : Sabtu