Langkah Bendul
Saksikan telemovie Langkah Bendul, mengisahkan seorang gadis iaitu Balqis yang ingin berkahwin tetapi dia tidak dibenarkan untuk berkahwin sebelum kakaknya Khatijah. Wafi teman lelaki Balqis telah mengupah Nash untuk berkahwin dengan Khatijah supaya cita-cita nya untuk berkahwin dengan Balqis tercapai.
Pelbagai aksi lucu yang menarik sepanjang rancangan ini diaturkan. Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama bergelak ketawa dengan menonton Langkah Bendul di Astro Warna (132)