Haq The Movie
Bulan ini memaparkan filem aksi hebat Haq yang menampilkan Zul Hazaimy dan Adi Putra sebagai pelakon utama. Filem yang memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung ini berunsurkan kuasa ghaib, rahsia dan pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangkan kebenaran.
Secara keseluruhannya, Haq the movie ini mengisahkan dua adik beradik angkat yang dikurniakan kuasa istimewa. Bagaimanapun, berlaku pergaduhan apabila konflik mula berlaku. Seorang mempunyai kuasa baik dan seorang lagi dengan kuasa jahat yang mendatangkan bahaya dan berlaku pertembungan yang dahsyat dan mendebarkan.
Waktu Siaran
Haq The Movie
Saluran : Astro Ria (104)
Masa : 10.00 malam
Hari : Sabtu