3 Temujanji Di Astro First
Enggan dikecewakan cinta, menyebabkan Reanna mengamalkan prinsip mudah iaitu mengadakan temujanji dengan setiap
lelaki tidak lebih tiga kali. Selepas 3 temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna
percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.
Segala-galanya berubah apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.Saksikan kesudahan filem tersebut di saluran Astro First, anda.