Filem Terbaru Buat Emma Watson Menangis
Aktres muda, Emma Watson mengakui sering menitiskan air mata setiap kali menonton filem The Perks Of Being A Wallflower.
Emma kembali ke layar perak menerusi tersebut yang diarahkan oleh Stehpen Chbosky berdasarkan novel karyanya sendiri dengan judul yang sama.
Pertama kali filem ini ditayangkan di Filem Festival Toronto, Emma mengakui terpaksa keluar sebentar semasa filem itu sedang ditayangkan kerana sebak menonton filem tersebut.
“Ini merupakan kali ketiga saya menonton filem ini dan masih membuat saya menangis,” katanya kepada Female First.
“Saya terpaksa keluar sebentar semasa filem tersebut ditayangkan kerana harus membetulkan mekap di muka akibat menangis. Saya pasti akan kelihatan buruk jika sesi soal jawab bersama media sekiranya membiarkan mekap di muka begitu sahaja,” katanya lagi.
Dalam filem tesebut, Emma Watson yang memegang watak sebagai Sam turut digandingkan bersama Logan Lerman dan Erzan Miller. Filem ini merupakan filem terbaru lakonan Emma selepas filem My Week With Marilyn yang ditayangkan tahun lalu.
The Perks Of Being A Wallflower dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 3 Oktober akan datang.