Alatan Dari Poket Ajaib Doraemon Dipamerkan
Siapa yang tidak menggemari watak Doraemon yang sudah popular sejak awal 70-an lagi. Jika seingat dahulu, watak Doraemon memang menjadi kegemaran setiap kanak-kanak kerana jalan ceritanya yang memberi pengajaran selain alatannya yang sungguh hebat dan memukaukan!
Ditambah lagi dengan watak-watak yang menghiburkan dari Nobita, Giant, Shizuka dan Suneo pasti membuatkan anak-anak kecil tertawa menonton Doraemon.
Baru-baru ini pameran animasi robot kucing biru itu telah diadakan di Okayama, Jepun. Pameran yang diberi nama Doraemon’s Scientific Future ini berlangsung di Okayama Digital Museum yang terletak di Ekimotomachi. Pameran tersebut berlangsung selama lebih 17 telah menarik perhatian lebih dari 29,600 pengunjung.
Umum mengetahui Doraemon merupakan robot kucing dari abad ke-22 yang dikirim ke masa kini. Watak animasi ini telah mula ditayangkan di televisyen sejak 1969 lagi dan sering mengeluarkan peralatan moden dari poket ajaibnya itu. Peralatan tersebut semestinya mampu membantu Nobita dan rakan-rakan yang sering ditimpa masalah.
Tujuan utama pameran ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada paara penggemar animasi Doraemon untuk menyaksikan sendiri alatan-alatan hebat selain mengetahui sejarah awal bagaimana watak Doraemon ini dicipta. Selain itu, orang ramai berpeluang untuk melihat sendiri apa yang terdapat dalam isi kandugan poket ajaib Doraemon selama ini.
Apa yang menarik dalam pameran tersebut, pelbagai alatan-alatan hebat dan moden Doraemon turut dipamerkan seperti yang pernah disiarkan menerusi animasi Doraemon. Antara peralatan yang menjadi tumpuan adalah Sarung Tangan Super milik Doraemon, pakaian rasmi Doraemon, helikoper yang dipakai ketika terbang dan sebagainya.
Pameran Doraemon’s Scientific Future ini mengenakan bayaran sebanyak 1,000 Yen untuk dewasa dan 600 Yen untuk kanak-kanak kecil. Oleh kerana sambutan yang diterima sangat mengalakkan, pameran tersebut akan dilanjutkan ke Kochi, Jepun pada Disember 2012.