Jennifer Garner Rindu Berlakon Filem Aksi
Jennifer Garner (40) ingin kembali berlakon dalam filem aksi. Keingingan untuk berlakon filem aksi muncul setelah dia mengunjungi suaminya, Ben Affleck di sebuah lokasi penggambaran filem terbarunya Runner, Runner.
Aktres cantik kelahiran Houstan, Texas ini mula dikenali ramai menerusi drama bersiri Alias dan juga pernah membintangi filem Superhero, Daredevil dan Elektra. Namun semenjak bergelar ibu pada tahun 2005, dia memilih untuk tampil dalam drama atau filem yang berbentuk romantik komedi seperti Juno dan Valentine’s Day.
Garner yang melahirkan anak ketiganya, Samuel pada Februari 2012 lalu mengatakan dia bahagia menjadi ibu kepada tiga cahaya mata nya tetapi keinginan untuk berlakon dalam filem aksi semakin memuncak dikala melihat suaminya di set penggambaran filem aksi.
“Saya tidak keberatan menjadi ibu yang gemar bermain bola sepak. Saya seorang ibu yang aktif dan saya selesa dengan perkara tersebut. Sebab itu mengapa saya sangat rindu untuk berlakon dalam filem berbentuk aksi.
“Saya baru sahaja mengunjungi lokasi penggambaran filem suami di Puerto Rico dan hampir semua krew disana mengenali saya. Mereka sempat menyapa dan bertanya adakah saya masih merindui filem-filem aksi yang pernah saya lakonkan dahulu.
“Soalan seperti itu membuatkan saya sangat rindu dengan babak-babak yang pernah saya lakukan dahulu walaupun saya akui saya tidak seberani seperti dahulu. Saya sendiri tidak pasti adakah saya mampu untuk membuat aksi seperti melompat ke tempat yang lebih tinggi,” ujarnya mengakhiri perbualan.