Saksikan Drama Adam & Hawa Secara Percuma Eksklusif Di Astro Gempak!
Kepada mereka yang meminati Aaron Aziz pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton drama bersiri terbaru Adam & Hawa yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menerusi saluran Mustika HD (134). Lebih mengujakan pihak Astro dengan bangganya memberi peluang kepada pelanggan setia Astro khususnya pembaca portal Astro Gempak untuk merasai pengalaman menonton drama bersiri Adam & Hawa secara percuma.
Drama yang berkisarkan kisah cinta antara Adam Muhkriz lakonan Aaron Aziz dan Ain Hawani lakonan Nadiya Nisaa semestinya menjanjikan sesuatu kelainan kepada penonton serta pelanggan setia Astro. Adam & Hawa diarahkan oleh Mohd Feroz Kader dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.
Antara pelakon yang turut menjayakan drama Adam & Hawa termasuklah Norman Hakim, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid dan ramai lagi. Dengan dibarisi pelakon baru dan lama, sudah pasti drama bersiri Adam & Hawa mampu menarik lebih ramai penonton untuk melihat sendiri jalan cerita serta kesudahan yang akan terjadi dalam kisah percintaan antara Adam Muhkriz dan Ain Hawani.
Diadaptasikan dari novel Adam & Hawa sendiri, drama ini memberi peluang kepada penonton untuk menyaksikan sendiri jalan cerita yang diambil dari novel asal yang turut mendapat sambutan hangat ketika diterbitkan dahulu.
Semestinya drama bersiri Adam & Hawa pasti memberi kepuasan maksimum kepada penonton lebih-lebih lagi ianya bakal dipertontonkan secara percuma kepada pelanggan Astro dan pembaca setia portal Astro Gempak bermula dari episod pertama hingga keempat.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengetahui menikmati peluang menonton secara percuma drama bersiri Adam & Hawa di laman web www.astrogempak.com.my untuk merasai sendiri kehangatan serta kehebatan lakonan mantap Aaron Aziz dan Nadia Nisaa yang bakal disiarkan pada 27 Ogos 2012.