Jennifer Aniston & Justin Theroux Bertunang
Jika bekas suaminya, aktor Brad Pitt sedang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinannya bersama aktres Angelina Jolie yang dikatakan akan berlangsung pada hujung minggu ini, bagi pelakon jelita, Jennifer Aniston, dia juga turut sama mahu berkongsi meraikan hari yang gembira pada bulan yang sama.
Menurut laporan Huffington Post, pada Jumaat lalu, Jennifer Aniston dan kekasihnya Justin Theroux telah pun bertunang. Pertunangan itu berlaku semasa sambutan ulangtahun Theroux yang ke-41.
Theroux secara mengejut telah melamar Aniston dan dengan hati yang terbuka pelakon yang popular menerusi drama bersiri Friends itu menerima dan sekaligus Theroux menyarungkan cincin pada Aniston tanda kedua-duanya telah pun bertunang.
Pasangan itu mula bercinta pada bulan Mei lalu sebelum berlakon bersama dalam filemWonderlust. Dalam pada itu, Aniston memberitahu, pengalaman sepanjang berlakon dalam filem Wonderlust di sisi kekasih hatinya itu cukup mengembirakannya. Masih belum lagi memberikan tarikh yang tepat untuk melangsungkan perkahwinan, kedua-duanya masih lagi terus berahsia.