Ekslusif Trailer 10 minit Adam & Hawa Di Astro Gempak!
Pasti ramai yang menantikan kehadiran drama bersiri Adam & Hawa yang bakal tidak lama lagi. Drama yang diadaptasi dari novel ini menampilkan Aaron Aziz sebagai peneraju utama dan dibantu oleh Nadiya Nisaa bakal menjanjikan kelaian kepada penonton.
Drama yang diarahkan oleh Mohd Feroz Kader ini juga turut dibintangi nama-nama besar seperti Norman Hakim, Amyza Adnan, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Rozie Rashid dan ramai lagi yang turut memaparkan adegan menarik di sekitar bandar-bandar Australia.
Secara ringkasan, drama Adam & Hawa mengisahkan Ain Hawani lepasan pelajar SPM yang menjadi guru tadika kerana menggantikan guru yang bersalin. Dia yang bekerja sementara telah bertemu dengan Adam seorang juruterbang yang berpewatakan ‘playboy’. Pertemuan mereka berdua telah menimbulkan satu perasaan suka antara satu sama lain.
Namun tragedi hitam terjadi apabila Adam dan Ani telah ditangkap khalwat dan Ani mula membenci Adam kerana seolah-olah secara sukarela membenarkan perkara tersebut berlaku. Mereka akhirnya berkahwin namun tidak seperti suami isteri yang normal. Pelbagai rintangan dan masalah yang dihadapi oleh mereka berdua dalam menjalani kehidupan seharian.
Jadi apakah kesudahan kisah mereka berdua selepas terpaksa mendirikan rumahtangga? Jangan lupa untuk sama-sama menonton 10 minit trailer melalui video ekslusif Astro Gempak untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan drama bersiri Adam & Hawa yang bakal disiarkan pada 27 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hanya di Astro Mustika HD 134.